profile affiliates free page refresh follow

The Owner
Azie. 1999. BAP. Winner.

Talk That




Arigatou
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


Cerpen.
Tuesday 4 June 2013 | 1 comments
Actually, ni kerja rumah aku :3 Tapi, siapa kisah?

Aku merenung ke luar jendela. Kata kata Sarah tadi masih lagi terngiang-ngiang di telingaku.

Fatin, kau cubalah ubah sikap kau. Kau itu tak punya ibu atau ayah. Bagaimana kau mahu bahagiakan mereka dengan sikap kau yang tidak senonoh itu? Fatin, aku ini kawan kau. Tiada kawan yang mahu kawannya susah. Aku nasihatkan kau ni pun untuk kebaikan kau juga. Terpulang kepada kau hendak ubah atau tidak. Masa depan kau, bukan masa depan aku.

Aku mengusap lenganku untuk menenangkan diriku. Adakah ini mainan perasaan sahaja? Perlukah aku dengar nasihat Sarah? Aku bangun lalu mencapai tuala dan mandi. Usai mandi, aku pergi ke dapur. Di dapur, kata kata Sarah tetap terngiang-ngiang di telinga ku. Ini tidak boleh jadi, aku perlu berjumpa dengan Sarah. Aku mencapai jaketku dan motorsikalku berdesup laju membelah kepekatan malam.
Aku sampai ke rumah Sarah tepat pukul 10.30 malam. Aku mengetuk pintu rumah Sarah. Sarah, bukalah pintu, hatiku berdetik. Perlahan lahan pintu dibuka. “Siapa tu?” Sarah menjenguk. “Oh, kau rupanya Fatin. Masuklah.” Aku menarik nafas lalu masuk ke rumahnya. “Kenapa kau datang ke sini? Tidak beritahu aku langsung.” Sarah bertanya. Aku terdiam. Patutkah aku katakan padanya? “Fatin, kau masih di sini kan?” Sarah melambai lambai tangannya di hadapan mukaku. “Sarah.” Aku memanggil namanya. “Aku, dah fikir kembali kata kata kau tadi.” Aku terdiam sejenak. “Aku… nak jadi macam kau. Aku nak kembali semula ke pangkal jalan.” Sarah tersenyum. Dia mengusap tanganku. “Alhamdulillah, terbuka juga hati kau ya? Aku boleh ajar kau segala-galanya. Andai kau tidak tahu, tanya sahaja pada aku. InsyaAllah, aku akan cuba tolong kau.” Aku tersenyum pahit. “Malam ni, kita belajar mengucap dulu ya?” Aku terdiam. “Aku orang Islam bukan?” Sarah tersenyum. “Ya. Kau memang Islam, tapi sebagai seorang Islam, kita perlu memperbaharui syahadah kita. Mana tahu ada perbuatan kita yang kita tak sedari, boleh memurtadkan kita?” Aku mengangguk.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah.

 Semalam, Sarah ajar aku solat.  Dia kata dia mahu ajar aku erti setiap kalimah yang aku sebut dalam solat. Aku membantah. Dia kata, tak gunalah ucap tapi tak tahu maksudnya. Aku terdiam lagi. Mula mula, dia ajar aku erti surah Al-Fatihah.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Sarah suruh aku faham maksudnya. Aku cuba untuk faham. Sarah kata, perlahan-lahan. Sehari selembar benang, lama lama jadi kain. Hari ini, Sarah ajak aku beli tudung. Dia kata, tudung sekarang bermacam fesyen, jadi aku tak perlu risau sekiranya aku tidak berkenan. Sarah juga sekarang pakai tudung bermacam fesyen. Dulu aku lihat dia pakai tudung tidak lilit mana mana pun. Sekarang, dia sudah pandai bergaya. Sarah juga ajak aku untuk pindah ke rumahnya. Dia kata, bahaya duduk seorang. Sarah ada rakan sebaya yang tinggal bersamanya. Sekurang-kurangnya, kebosanannya terubat tatkala teman serumahnya pulang dari tempat kerja. Aku bersetuju dengan kata katanya. Aku juga sudah mula mengemas barang. Sarah sudah janji dia ingin bantu aku baca Al-Quran selepas pindah. Aku sudah mula tertunggu-tunggu. Lagi satu, Sarah suruh aku memberi salam setiap kali masuk ke mana mana kecuali tandas. Dia kata, memberi salam itu sunah.

Ya Allah, aku bersyukur kau buka pintu hatiku untuk kembali ke pangkal jalan. Aku bersyukur kau temukan aku dengan Sarah. Kau berkatilah hidup kami Ya Allah. Ampunkan dosa dosa kami. Sesungguhnya kaulah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.


Sebelum aku mencapai topi keledarku, aku sedekahkan Al-Fatihah untuk kedua ibu bapaku. 

Comment please :3

FUTURE
PAST