profile affiliates free page refresh follow

The Owner
Azie. 1999. BAP. Winner.

Talk That




Arigatou
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


PBS PJ Forum
Wednesday 3 July 2013 | 0 comments
Like always, please comment or shoutbox me. :3

Pengacara: Nor Azmina binti Mohd. Amin

Ahli Panel Pertama: Nur Azyan Syahirah binti Mohd. Nor Hizam [Pakar Psikologi]

Ahli Panel Kedua: Nurul Aqilah binti Mohd. Amin [....... ]

Ahli Panel Ketiga: Rafaa Elyana binti Mohd. Rashidi [Orang Berpengalaman]

Tibanya saya sudahlah lama,

Datang dengan semangat membara;

Mohon perhatian kalian semua,

Saya ingin memulakan bicara.

Indah sungguh alam maya,

Jagalah ia agar kekal lama;

Dengarkan semua ucapan saya,

Untuk difikirkan bersama-sama.

Indah sungguh ciptaan tuhan,

Mentari merah diwaktu senja;

Salam sejahtera saya ucapkan,

Sebagai tanda pembuka bicara.

Pengacara: Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada ahli panel dan hadirin sekalian.

: Pada harini tajuk perbincangan kita adalah Kesan Stres ke atas Individu, Tahap Stres dan Cara Mengatasi Stres.

: Saya perkenalkan ahli panel pertama, Nur Azyan Syahirah selaku ............. Ahli panel kedua iaitu Nurul
   
  Aqilah yang merupakan ............ Akhir sekali, kita ada seorang ahli panel yang berpengalaman dalam mengurus stres iaitu Cik Rafaa

  Elyana. Selamat datang saya ucapkan kerana sudi menghadirkan diri dalam sesi perbincangan kita pada hari ini.

: Perkara pertama yang saya akan sentuh hari ini adalah maksud stress. Apa pendapat cik Azyan?

Azyan    : Terima kasih pengacara majlis. Assalamualaikum dan selamat sejahtera para hadirin sekalian. Stress atau tekanan perasaan adalah suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh suatu bebanan yang

  yang menimpa kita. Bebanan ini pula boleh wujud dalam bentuk berupa cabaran, ancaman, atau apa apa perubahan yang mendatangkan perubahan

      yang selari dengannya.

Pengerusi: Adakah stress ini membahayakan?

Azyan : Sepertimana cik pengerusi dan ahli panel yang lain tahu, stress adalah salah satu penyakit moden yang membelenggu masyarakat hari ini. Ada

  tekanan perasaan yang baik dan positif yang dinamakan eustress. Manakala yang mendatangkan kesan negatif pula dinamakan distress.

Pengerusi: Terima kasih cik Azyan. Topik kedua pada hari ini adalah punca stress. Di sini kita ada cik Rafaa yang berpengalaman atau telah mengalami

  stress. Mungkin cik Rafaa boleh kongsi punca punca stress dengan kami semua.

Rafaa : Terima kasih cik pengerusi. Punca utama yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami stess atau tekanan perasaan adalah masalah kewangan,

  menunggu lama, konflik rumah tangga, pembulian, rasa rendah diri, beban kerja, penyakit fizikal, kesesakan lalu lintas, dan persekitaran

  yang tidak selesa.

Pengerusi: Boleh cik Rafaa ceritakan sedikit masalah yang cik Rafaa telah lalui?

Rafaa : Sudah tentu boleh. Saya mungkin boleh dikaitkan dengan masalah kewangan. Bayangkan sahaja sehari ke sekolah hanya membawa RM 1. Nasi goreng

  sahaja sudah RM 1.50. Macam mana saya nak belajar menabung? Saya cukup stress dengan hal ini. Ingin diberitahu pada bapa, saya kasihan.

  Almaklumlah, bapa saya bekerja di kilang sahaja. Adik beradik saya ada 10 orang.

Pengerusi: Saya pun turut simpati mendengar cerita cik Rafaa. Dengan masalah kewangan yang cik Rafaa lalui, adakah kesan mendatang?

Rafaa : Tipu kalau saya kata tiada. Semestinya ada. Saya rasa kurang tumpuan dalam melakukan tugasan. Saya juga selalu cepat marah.

  Lagi lagi, kalau AJK itu dan ini minta duit itu dan ini. Memang saya meletup di situ juga.

Pengerusi: Terima kasih cik Rafaa atas perkongsian cik. Seterusnya, kita beralih ke topik terakhir kita iaitu cara mengatasi stress. Apa pendapat cik Aqilah?

Aqilah : Terima kasih cik pengerusi. Kementerian Kesihatan Malaysia ada menyarankan untuk mengamalkan 10B.

Pengerusi: 10B? Boleh cik terangkan dengan lebih terperinci?

Aqilah : Sudah tugas saya untuk menerangkan tentang perkara ini. 10B terdiri daripada beribadat, bertenang, berkata perkataan yang menenangkan,

  bercakap dengan seseorang, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam, berfikiran positif.

Pengerusi: Boleh cik Aqilah terangkan dengan lebih terperinci tentang berkata perkataan yang menenangkan?

Aqilah : Sudah tentu. Perkataan yang menenangkan seperti, relaxlah, you can do it dan sebagainya.

Pengerusi: Bagaimana dengan berehat dan mendengar muzik?

Aqilah   : Bergantung pada orang yang mengalami stress. Mungkin mereka mendengar muzik rock, atau hip hop dan sebagainya.

Pengerusi: Terima kasih cik Aqilah.

Pengerusi: Kesimpulannya, stress ini merupakan bebanan yang kita hadapi, dan boleh mendatangkan kesan positif atau kesan negatif. Seterusnya,

  stress boleh wujud kerana rasa rendah diri yang melampau dan sebagainya. Untuk mengatasi masalah, kita boleh mengamalkan cara yang disarankan

  oleh KKM iaitu 10B.

Pengerusi: Terima kasih kepada semua ahli panel kerana sudi meluangkan masa untuk hadir dalam perbincangan ini dan kepada semua penonton yang sudi

  meluangkan masa untuk menumpukan perhatian dalam perbincangan kali ini. Yang baik datang dari Allah S.W.T yang buruk datang dari saya sendiri.

  Sekian terima kasih. Sehingga berjumpa lagi.

FUTURE
PAST