profile affiliates free page refresh follow

The Owner
Azie. 1999. BAP. Winner.

Talk That




Arigatou
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


Sejarah B6
Saturday 19 October 2013 | 0 comments
Hi guys so dah nak akhir tahun ni banyak PBS Band 6 nak kena siapkan so since I dah siap, I share lah. Cause sharing is caring :3

Ignore lah kalau nampak blog ni cam serabai sikit sebab dah lama tak jenguk.

Nama:
Kelas:
Kad Pengenalan:
Nama Guru:
B6D1E2: Menjana idea secara rasional untuk kemajuan dan kemakmuran Negara.

Kekayaan hasil bumi kita telah mendorong kuasa kuasa barat untuk mengeksploitasinya

Negara kita kaya dengan sumber galian dan berpotensi maju dalam bidang pertanian. British memperkenalkan kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksport di Tanah Melayu. Pentadbiran British telah membawa banyak perubahan dalam bidang ekonomi dan sosial di Negara kita. Kegiatan perlombongan dan perladangan dijalankan secara besar-besaran. Pelbagai kemudahan disediakan oleh British di Negara kita untuk membolehkan mereka mengaut kekayaan hasil ekonomi.
Antara hasil kekayaan bumi Negara kita adalah lada hitam, gambir, cengkih, buah pala, ubi kayu, nanas dan tebu. Lada hitam dan gambir ditanam di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak. Cengkih dan buah pala pula ditanam di Pulau Pinang. Ubi kayu banyak ditanam di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Ladang tebu dibuka di Perak dan Seberang Perai. Akhir sekali, nanas banyak ditanam di Johor, Selangor dan Perak. Lada hitam, gambir, cengkih, buah pala, ubi kayu, nanas dan tebu merupakan pertanian dagangan. Pertanian dagangan merupakan pertanian berorientasikan eksport.
Selain itu, Negara kita juga kaya dengan hasil hutan seperti kayu kayan, rotan, dammar, kapur barus, getah perca, getah jelutung dan madu lebah. Damar diperoleh daripada getah pelbagai jenis pokok di hutan. Getah perca diperoleh daripada pokok getah yang tumbuh di dalam hutan. Manakala getah jelutung dikumpul dengan menggunakan tabung buluh. Seterusnya, rotan dikeluarkan untuk kegunaan negeri dan dieksport. Akhir sekali, pembalakan untuk memperoleh kayu cengal, meranti dan keruing. Pihak British mengeluarkan hasil hutan secara komersial untuk dieksport ke China, Eropah dan Amerika Syarikat.
Salah satu cara cara untuk mengekalkan hasil bumi kita daripada dieksploitasi oleh kuasa barat adalah dengan tidak membuat perjanjian dengan kuasa barat yang membenarkan kuasa barat memiliki mana mana kawasan di Tanah Melayu. Dengan adanya perjanjian demi perjanjian tanpa sedar, kuasa Barat mula mengeksploitasi hasil bumi Tanah Melayu. Selain itu, kaum kaum di Tanah Melayu perlu bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni dan aman. Sikap kuasa barat yang suka memisahkan kaum kaum di Tanah Melayu dan mewujudkan jurang ekonomi antara kaum merupakan salah satu cara untuk kuasa barat mengeksploitasi hasil bumi di Tanah Melayu.
Walaubagaimanapun, pengeksploitasian sumber Negara oleh Kuasa Barat mempunyai kesan tertentu. Hasil bumi kita telah menjadi eksport penting dan telah dieksport ke China, Eropah dan sebagainya. Selain itu, Tanah Melayu merupakan pengeksport nanas dalam tin yang kedua terbesar di dunia sebelum Perang Dunia Kedua. Seterusnya, perusahaan demi perusahaan yang berlaku telah menarik minat syarikat syarikat Eropah untuk menguasai perusahaan tersebut.
Kesimpulannya, pengeksploitasian hasil bumi oleh kuasa barat mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Marilah kita bersama sama menjaga dan memelihara hasil bumi Negara kita.

Do leave comments and tags on cbox :3

FUTURE
PAST